IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI PEMBINAAN BANGUNAN DENGAN KEPUJIAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) 2021/2022
Soalan yang kerap ditanya: Pelajar KV ada peluang ke nak sambung belajar di Universiti Awam?
Universiti yang khas untuk pelajar lepasan KV?
MTUN (MALAYSIA TECHNOLOGY UNIVERSITY NETWORKING)
1. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
2. UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA(UTHM)
3. UNIVERSITI TEKNIKAL MELAKA MALAYSIA(UTeM)
4. UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG(UMP)
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya, dikenali sebagai Aiman Faez merupakan seorang pelajar lepasan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) Kolej Vokasional Ampangan, Seremban (KVAS) 2017-2021 yang mengambil jurusan Teknologi Pembinaan (Jabatan Teknologi Awam). Kini, saya menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda saya di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang mengambil dalam jurusan Teknologi Pembinaan Bangunan (Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Awam) selama 3 tahun 6 bulan.
Pada awalnya, saya memang dah pasang niat sejak saya masuk KV untuk sambung Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam. Tapi masa tahun 2017, kaunselor saya di KV dah bagitahu bahawa laluan pelajar KV untuk sambung pengajian sangat jauh kerana pelajar KV wajib melalui Accreditation of Prior Experiental Learning (APEL) yang seharusnya bekerja dalam masa 2 tahun dahulu selepas graduat, baru boleh memohon untuk sambung pengajian di Universiti Awam.
Lama kelamaan, KV semakin berkembang pesat dimana semua kursus yang ditawarkan di KV mendapat pengiktirafan rasmi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Nak dijadikan cerita, pelajar KV ni tak perlu ambil APEL untuk sambung pengajian, boleh direct sambung pengajian di Universiti Awam selepas konvo. Kalau tambah tolak, pelajar KV ni boleh sambung pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam umur 21 Tahun.
KISAH AIMAN LAIN PULA!
Batch Aiman (Kohort 2017) di KV ni merupakan kohort paling untung Aiman rasa sebab Aiman dapat sambung belajar pada umur 20 Tahun (Belum konvo tapi dah sambung degree). Ceritanya bermula begini.. Batch Aiman ni merupakan student pertama yang final year kejap on off akibat COVID-19. So banyak kali extend sehinggakan OJT atau Intern pula tangguh bulan Mac 2021. Jadi, saya habis intern pada bulan Ogos 2021. Masa intern dalam bulan julai macamtu, Kaunselor KV ada call bagitahu pihak UPU ada buka permohonan baru untuk student KV yang nak sambung pengajian Ijazah Sarjana Muda. Yang bestnya, pelajar tengah intern time tu pun boleh mohon. Memang rasa bekobar kobar semangat kita. Saya terusla siapkan dokumen apa yang patut, contact cikgu dan kaunselor KV, tanya Pensyarah Universiti tentang course dan U mana sesuai dengan saya. Kursus Teknologi Pembinaan ni ada di dua U sahaja iaitu UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) dan UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA (UTHM). Aiman masatu pilih UniMAP sebagai pilihan pertama sebab saya tengok ranking Universiti di Malaysia. Ranking pun penting juga untuk sambung belajar especially.
Masa hari keputusan, saya gagal permohonan yang pertama, masatu rasa down gila. Saya terus call kaunselor. Rupanya kaunselor cakap, batch saya ni memang kena mohon rayuan untuk second intake. Jadi, semangat makin membuak. Seorang pensyarah UniMAP ni pun banyak guide saya sepanjang kemasukan UPU ni berlangsung. Akhirnya saya dapat tawaran pada intake kedua dan secara rasminya sebagai pelajar UniMAP pada 24/10/2021. UniMAP ni besar tau sebenarnya haaa.. Kampus saya di Uniciti ALAM, Padang Besar, Perlis. Ha bolehla kalau nak pi Thailand tu sebelah je...
Itu sahaja dari saya, kepada kawan kawan KV yang ingin memohon menyambung pengajian di Universiti Awam, semoga berjaya saya ucapkan.
Comments
Post a Comment